BISNES DARI RUMAH

Thursday, February 24, 2011

Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon Gerik selatan 2011

   Pada 21 hingga 24hb Febuari 2011 yang lalu satu pertandingan bola sepak bawah 12 tahun Peringkat Zon Gerik Selatan telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari dan SK Sri Adika Raja. Seperti biasa SK Kenering telah diletakkan di kumpulan B bersama Sk Tan Sri Ghazali Jawi dan SK F Lawin Selatan.
Pada perlawanan pertama SK Kenering telah bertemu dengan pasukan dari SK Tan Sri Ghazali Jawi dimana SK Kenering memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 6 berbalas 2.
Bagi perlawanan kedua pasukan SK Kenering telah bertemu dengan pasukan dari SK F Lawin Selatan. Dalam perlawanan ini basukan SK Kenering berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 9-0. dengan kemenangan ini pasukan SK Kenering berjaya melangkah ke separuh akhir dan bertemu dengan pasukan dari SK Sri Adika Raja.
Bertempat di padang SK Sri Adika Raja pasukan Sk Kenering telah bertemu dengan pasukan SK Sri Adika Raja, walaubagaimanapun Sk Kenering tewas tipis 0-1 dengan pasukan lawan. walaupun bayak kontrevesi yang melanda dalam perlawanan tersebut pasukan SK Kenering menerima kekalahan itu denga semangat kesukanan. Dengan kekalahan tersebut maka SK Kenering terpaksa berentap sekali lagi dengan pasukan dari SK Tan Sri Ghazali Jawi untuk penentuan tempat ke-3. Bermain dalam keadaan hujan, seperti yang dijangka SK Kenering berjaya sekali lagi menewaskan pasukan SK Tan Sri Ghazali Jawi dengan jaringan 3-1.
Apa yang membanggakan walaupun tewas dan mendapat tempat ke-3 semangat kerjasama yang di tunjukkan oleh semua warga SKK perlu dicontohi. Terima kasih kepada pihak pengurusan sek. murid-murid yang menyokong, para ibubapa tak juga pada pemain,jurulatih, pengurus dan semua yang terlibat. Diharap pada masa akan datang SKK terus maju dalam bidang Kokurikulum mahupun Kurikulum selaras dengan visi sek mahu menjadikan SKK antara sekolah yang Cemerlang pada tahun 2015. Insayallah........

No comments:

Post a Comment