BISNES DARI RUMAH

Thursday, February 24, 2011

Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon Gerik selatan 2011

   Pada 21 hingga 24hb Febuari 2011 yang lalu satu pertandingan bola sepak bawah 12 tahun Peringkat Zon Gerik Selatan telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari dan SK Sri Adika Raja. Seperti biasa SK Kenering telah diletakkan di kumpulan B bersama Sk Tan Sri Ghazali Jawi dan SK F Lawin Selatan.
Pada perlawanan pertama SK Kenering telah bertemu dengan pasukan dari SK Tan Sri Ghazali Jawi dimana SK Kenering memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 6 berbalas 2.
Bagi perlawanan kedua pasukan SK Kenering telah bertemu dengan pasukan dari SK F Lawin Selatan. Dalam perlawanan ini basukan SK Kenering berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 9-0. dengan kemenangan ini pasukan SK Kenering berjaya melangkah ke separuh akhir dan bertemu dengan pasukan dari SK Sri Adika Raja.
Bertempat di padang SK Sri Adika Raja pasukan Sk Kenering telah bertemu dengan pasukan SK Sri Adika Raja, walaubagaimanapun Sk Kenering tewas tipis 0-1 dengan pasukan lawan. walaupun bayak kontrevesi yang melanda dalam perlawanan tersebut pasukan SK Kenering menerima kekalahan itu denga semangat kesukanan. Dengan kekalahan tersebut maka SK Kenering terpaksa berentap sekali lagi dengan pasukan dari SK Tan Sri Ghazali Jawi untuk penentuan tempat ke-3. Bermain dalam keadaan hujan, seperti yang dijangka SK Kenering berjaya sekali lagi menewaskan pasukan SK Tan Sri Ghazali Jawi dengan jaringan 3-1.
Apa yang membanggakan walaupun tewas dan mendapat tempat ke-3 semangat kerjasama yang di tunjukkan oleh semua warga SKK perlu dicontohi. Terima kasih kepada pihak pengurusan sek. murid-murid yang menyokong, para ibubapa tak juga pada pemain,jurulatih, pengurus dan semua yang terlibat. Diharap pada masa akan datang SKK terus maju dalam bidang Kokurikulum mahupun Kurikulum selaras dengan visi sek mahu menjadikan SKK antara sekolah yang Cemerlang pada tahun 2015. Insayallah........

Sunday, February 13, 2011

SKK vs SK RPS BANUN (friendly macth)

Pada 11hb Feb 2011 pasukan Elit bola sepak SK Kenering telah memulakan siri perlawanan persahabatan dengan SK RPS Banun.
Perjalanan ke Banun bermula pada pukul 10 pagi, dimana semua murid dan guru pengiring menaiki kenderaan. Sebelum ke Banun semua rombongan telah berkelah di sebuah tapak perkelahan yang tidak diketahui namanya.
Setelah penat bermandi-manda dan menikmati makan tengahari semua murid bertolak ke Banun dan memulakan perlawanan persahabatan. Semua sedia maklum dengan kehebatan pasukan Banun, walaubagaimanapun semua yang hadir tetap terhibur dengan aksi2 yang ditunjukkan oleh pemain.
Perlawana ini adalah sebagai pendedahan kepada murid agar tidak berasa takut beraksi pada aksi sebenar yang akan dijalakan pada 21hb Feb nanti.Dengan adanya sesi perlawanan ini, diharap jurulatih dapat memperbaiki kelemahan2 yang ada pada pasukan.Terima kasih kepada guru2 pengiring iaitu  Kak Bib dan suami,Cikgu Azizul dan isteri, Cikgu Laili,Maizura, Zura, Elin, Yusmainor, Fairus, Khairi dan isteri, Wok, Hanif, Bawani, Nurmohd dan tak lupa juga kepada ibubapa yang hadir memberi sokongan bagi menjayakan aktiviti pada kali ini.
 Diharap apa yang dilakukan dapat menjadi kenangan kita bersama...

Wednesday, February 9, 2011

CONTOH TUNTUTAN MEMBAWA MURID


SEKOLAH KEBANGSAAN KENERING
33300 GERIK, PERAK
TUNTUTAN MEMBAWA PASUKAN SEKOLAH  KE PERTANDINGAN MSSPK HULU PERAK PERINGKAT ZON GERIK SELATAN 2011
Nama Permainan                  :
Nama Pengurus                    :
Nama Jurulatih                      :
                                                :
                                                :
Tarikh Perlawanan               :
Tempat Perlawanan             :
Senarai Nama Murid            :  Rujuk Lampiran
Perbelanjaan                        :
TARIKH
PERBELANJAAN
CATATAN
Jenis perbelanjaan
Belanja x bil murid
Jumlah



Pendaftaran

RM30.00
*Sila lampirkan minit mesyuarat pengurus pasukan


Makan tengahari

Minum petang  
RM3 x 8 orang

RM2 x 8 orang
RM24.00

RM16.00






Makan tengahari

Minum petang  
RM3 x 8 orang

RM2 x 8 orang
RM24.00

RM16.00


JUMLAH TUNTUTAN
RM120.00

# Dalam Perkataan : _____________________________________________________________________

Di Sediakan oleh,                                                 Di Semak oleh,                                                      Di Sahkan oleh,

…………………………………….                      ……………………………………                        …………………………………
(                                               )                             (AZIZUL RAHMAN B AHMAD)                      (MOHD RADZI B YAACOP) 
Pengurus Pasukan ………………….                Penolong Kanan Kokurikulum,                           Guru Besar,          
Sek. Keb. Kenering.                                             Sek. Keb. Kenering.                                             Sek. Keb. Kenering.

LAMPIRAN

SEKOLAH KEBANGSAAN KENERING
33300 GERIK PERAK
NAMA PASUKAN             :___________________________________
NAMA PENGURUS            :___________________________________
NAMA JURULATIH          :___________________________________
                                                :___________________________________
                                                :___________________________________
SENARAI PESERTA           :
BIL
NAMA PELAJAR
JANTINA
NO. SURAT BERANAK
1



2



3



4



5



6



7



8



9



10



11



12



13



14



15



16



17



18