BISNES DARI RUMAH

Thursday, March 10, 2011

TRIP KE BANDING/MENYUSURI SUNGAI KETAI

Tarikh : 5 dan 6 hb Mac 2011
Tempat : Banding Sungai Ketai

Ekpidisi bermula pada pukul 11.00 pagi melalui Pulau Banding merupakan pengalaman yang menarik bagi kami para guru-guru SK Kenering. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih menaiki bot yang disewa. Antara pulau-pulau yang dapat dilihat ialah Pulau Pendidikan kepunyaan PPD Hulu Perak, Pulau kelolaan MDG, Pulau Jabatan Hutan, Pulau Batu Putih. Sesampai di muara Sungai Ketai kami membuat persiapan mendirikan khemah, memasak untuk hidangan makan malam.Setelah selesai kami bergerak keluar ke sebuah pulau yang dikatakan pemilik seorang cina. Disana kami memulakan aktiviti "Mencasting". Bagi kami yang kali pertama melakukan aktiviti ini, ai memang menyeronokkan, tapi lama kelamaan hasil tak memuaskan maka aktiviti menyembang lebih banyak dilakukan daripada memancing. Walaubagaimanapun terasa puas kerana dapat menghilangkan rasa tekanan kerja di sekolah,



Pada pukul 6 petang kami ke tapak perkhemahan untuk membuat persiapan ke tapak lain.Kami ke tapak lain untuk mendapat tangkapan yang di inginkan. Ternyata tekaan kami tepat rakan-rakan dapat merasa tarikan baung, kelabau...tapi masa tidak mengizinkan kerana hari semakin gelap.
Pengalaman yang boleh diingati kedengaran bunyi POKKE, batang balak jatuh dan unggas malam.Kami bergerak ke tapak perkhemahan pada pukul 8.30 malam dengan keadaan malam yang gelap menyusuri keluar ke tasik. Bagi kami jika tiada pengalaman mungkin tidak dapat menuju jalan pulang, tapi alhamdulillah kami sampai juga ke tapak perkhemahan walaupun menyusuri jalan air yang gelap.
Pada malam hari setelah menikmati masakan malam berlaukkan ikan kaloi masak asam yang ditangkap kami melakukan aktiviti sendiri, ada yang tidur, bersembang-sembang, dan ada juga yang meneruskan aktiviti menangkap ikan berdekatan tapak perkhemahan.
Pada pagi hari kedua tiada kativiti dilakukan cuma hanya berkemas untuk pulang. Pada pukul 11 pagi kami bergerak pualng ke jeti Pulau Banding. Pulang dengan pengalaman yang menyeronokkan, dengan pemandangan yang indah.
Semoga aktiviti ini dapat dijalanka lagi untuk mengeratkan siraturrahim antara kami disamping mencari pengalaman memancing..InsyaAllah... 

No comments:

Post a Comment