BISNES DARI RUMAH

Sunday, December 2, 2012

KHAS BUAT ISTERI YANG KU SAYANGI...

KHAS UNTUK ISTERIKU YANG DISAYANGI...
Jika ada 10 orang yg sayang padamu, aku pastilah diantaranya, jika hanya satu yang menyayaingmu orang itu adalah aku, dan jika tiada lagi yang menyayangimu maka berarti aku telah pergi meninggalkan dunia ini. 
Andai aku adalah air matamu, maka aku akan mengalir kebibirmu. Namun jika kamu adalah air mataku, aku tidak akan pernah menangis, karana aku tak mau melihatmu jatuh dan menghilang.
Jika kamu terjatuh ke sungai, ada perahu…jika jatuh ke dalam sumur, ada tambang,…dan jika kamu jatuh cinta, maka ada aku

Tahukah kamu, mataku sering merasa cemburu dengan hatiku
Karana kamu selalu berada di hatiku,
 
Bagi seluruh dunia ini, kamu adalah seorang manusia diantara yang lain, bagiku kamu adalah seluruh dunia itu
Jangan mencari ketampanan (kecantikan) karena akan luntur oleh waktu, juga jangan mencari keindahan kulit, akan keriput nantinya. Tapi carilah hati yang setia yang selalu akan merindukanmu selamanya.
Tahukah kenapa Tuhan menciptakan jarak diantara jari-jari kita? Karana kelak, seorang yang mencintaimu (iaitu aku) akan mengisi jarak-jarak itu, dengan menggenggam tanganmu selamanya.
Tahu kah kamu betapa besar cintaku padamu? Cubalah menangkap air hujan yang jatuh. Yang berhasil kau tangkap adalah besarnya rasa cintamu padaku, dan hujan yang tak dapat kau tangkap, itulah besarnya cintaku. Terima kasih sayangku atas segala-galanya...
I LOVE U ......................

Thursday, December 8, 2011

Permainan Hoki

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam padang rumput dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagai hoki padang. Adalah dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "hock".
Terdapat beberapa kemahiran asas dalam permainan hiki antaranya ialah kemahiran menggelecek, memukul bola, menguis,  menolak bola.

Friday, November 4, 2011

GimnasradaSKK2011

http://www.youtube.com/watch?v=1sIf_U-4quA

MAri Saksikan....

Thursday, October 27, 2011

Pendidikan Jasmani dan kesihatan

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Barrow (1971, 1983)
Menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976)
Satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992)
Menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990)
Berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995)
Berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Sunday, October 9, 2011

Tugasan KRT3013 teknologi sekolah rendah


TUGASAN 1(b) KRT3013 TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Berikut saya sertakan sekali lagi maklumat mengenai tugasan 1B. Jika anda mempunyai sebarang masalah semasa menyediakan tugasan ini, bolehlah mesej saya melalui Private Message mahupun Reply dari entri ini. Semoga tugasan ini dapat membantu anda semua dalam menguasai teknologi komputer dalam pengajaran. Selamat Maju Jaya.
Tarikh akhir: 14 November 2011 (Isnin)

1. Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut:

Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:
1.    Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.
2.    Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1).

Panduan:
Anda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk membantu jawapan anda..


2. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada saya menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Berikut adalah alamat email bagi setiap kumpulan:

Kumpulan                                                     Email

KRT 3013 Kumpulan A09    krt3013a09@siswa.upsi.edu.my
KRT 3013 Kumpulan A10    krt3013a10@siswa.upsi.edu.my
KRT 3013 Kumpulan A11    krt3013a11@siswa.upsi.edu.my
KRT 3013 Kumpulan A12    krt3013a12@siswa.upsi.edu.my
KRT 3013 Kumpulan A13    krt3013a13@siswa.upsi.edu.my
KRT 3013 Kumpulan A14    krt3013a14@siswa.upsi.edu.my
KRT 3013 Kumpulan A15    krt3013a15@siswa.upsi.edu.my
KRT 3013 Kumpulan A16    krt3013a16@siswa.upsi.edu.my


Sila pastikan kumpulan serta alamat email kumpulan anda betul sebelum penghantaran tugasan dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

3. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian dan disimpan menggunakan no Matrik masing-masing. Sebagai contoh d12345.doc.

4. Sila gunakan gaya penulisan APA (http://www.apastyle.org/index.aspx). Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasan esei yang ditulis. Setiap rujukan perlu dimasukkan sebagai lampiran.

5. Bagi penghantaran salinan keras tugasan, anda diwajibkan meletakkan Nama, No Matrik serta kumpulan di muka depan tugasan dan dihantar ke alamat berikut:

Nadia Akma binti Ahmad Zaki
2A-2, Kompleks Malim Sarjana,
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak.


Monday, October 3, 2011

Thursday, March 10, 2011

TRIP KE BANDING/MENYUSURI SUNGAI KETAI

Tarikh : 5 dan 6 hb Mac 2011
Tempat : Banding Sungai Ketai

Ekpidisi bermula pada pukul 11.00 pagi melalui Pulau Banding merupakan pengalaman yang menarik bagi kami para guru-guru SK Kenering. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih menaiki bot yang disewa. Antara pulau-pulau yang dapat dilihat ialah Pulau Pendidikan kepunyaan PPD Hulu Perak, Pulau kelolaan MDG, Pulau Jabatan Hutan, Pulau Batu Putih. Sesampai di muara Sungai Ketai kami membuat persiapan mendirikan khemah, memasak untuk hidangan makan malam.Setelah selesai kami bergerak keluar ke sebuah pulau yang dikatakan pemilik seorang cina. Disana kami memulakan aktiviti "Mencasting". Bagi kami yang kali pertama melakukan aktiviti ini, ai memang menyeronokkan, tapi lama kelamaan hasil tak memuaskan maka aktiviti menyembang lebih banyak dilakukan daripada memancing. Walaubagaimanapun terasa puas kerana dapat menghilangkan rasa tekanan kerja di sekolah,



Pada pukul 6 petang kami ke tapak perkhemahan untuk membuat persiapan ke tapak lain.Kami ke tapak lain untuk mendapat tangkapan yang di inginkan. Ternyata tekaan kami tepat rakan-rakan dapat merasa tarikan baung, kelabau...tapi masa tidak mengizinkan kerana hari semakin gelap.
Pengalaman yang boleh diingati kedengaran bunyi POKKE, batang balak jatuh dan unggas malam.Kami bergerak ke tapak perkhemahan pada pukul 8.30 malam dengan keadaan malam yang gelap menyusuri keluar ke tasik. Bagi kami jika tiada pengalaman mungkin tidak dapat menuju jalan pulang, tapi alhamdulillah kami sampai juga ke tapak perkhemahan walaupun menyusuri jalan air yang gelap.
Pada malam hari setelah menikmati masakan malam berlaukkan ikan kaloi masak asam yang ditangkap kami melakukan aktiviti sendiri, ada yang tidur, bersembang-sembang, dan ada juga yang meneruskan aktiviti menangkap ikan berdekatan tapak perkhemahan.
Pada pagi hari kedua tiada kativiti dilakukan cuma hanya berkemas untuk pulang. Pada pukul 11 pagi kami bergerak pualng ke jeti Pulau Banding. Pulang dengan pengalaman yang menyeronokkan, dengan pemandangan yang indah.
Semoga aktiviti ini dapat dijalanka lagi untuk mengeratkan siraturrahim antara kami disamping mencari pengalaman memancing..InsyaAllah...